Kenapa Nasha Menangis?

Seperti apa yang dikata dia memang jelita, bijak, berkarisma dan berkeyakinan. Pendek kata dia memiliki kesempurnaan sebagai seorang wanita yang menjadi inspirasi bagi setiap lelaki. Siapa yang tak kenal dengan model dan pelakon Nasha Aziz.

Namanya mula melonjak naik setelah petama kali dia melibatkan diri dalam bidang seni lakon menerusi filem pertama lakonannya berjudul Kad Cinta, lakonan bersama Hairie Othman pada tahun 1995.

Berkesempatan bersua muka dengan pelakon yang pernah menerima anugerah Pelakon Baru Terbaik dalam Festivel Filem Malaysia pada tahun 1999 menerusi filem Bara ini membuatkan BB terperasan satu perkara mengenai dirinya.

Nasha kelihatan begitu ceria sekali seolah ada perkara yang diidamkannya telah tercapai. Tapi BB tak pasti adakah andaian BB itu betul atau tidak. Apa kata kita tanya Nasha sendiri. Manalah tahu kot-kot dia dah jumpa 'Mr. Right' yang diidam-idamkannya yee Nasha?

"Ceria? Memang I selalu ceria... tapi siapa yang nak tahu duka kitakan?" soalnya tersenyum sinis membuatkan BB tertanya dengan seribu persoalan.

"Sebenarnya, daripada first I involve dalam dunia peragaan lagi hinggalah sekarang bergelar pelakon, I telah diajar untuk kelihatan ceria selalu terutama di hadapan umum. So, no wonderlah kalau you selalu nampak I ceria.

"Tapi you jangan pulak fikir orang macam I ni tak pernah ada masalah. I manusia biasa jugak... kalau nak tahu tiga hari lepas I baru aje lepas menangis. Semua tu mungkin kerana I terlalu involvekan diri dengan kerja sampaikan masa untuk rehatkan diri dan minda I tiada langsung.

"Mungkin juga kerana faktor-faktor sampingan lain yang I rasa tak perlu I terangkan di sini. Kalau tak silap dalam 15 minit jugak I menangis. Walaupun sekejap tapi ia berlaku beberapa kali juga. Nak kata I ni mudah menangis sebenarnya tak juga," ujarnya.

"Orang mungkin tak nampak apa masalah I seba I jenis kalai bermasalah, I tak akan membabitkan orang lain. Kalau boleh I tak mahu orang lain terperasan yang I dalam keadaan bermasalah.

"Bila terjadi macam ni, waktu keseorangan I akan cuba bercakap kepada diri sendiri, bagi kata-kata semangat untuk diri sendiri yang I ni bukanlah lemah sangat kerana dengan cara inilah I boleh atasinya tanpa melibatkan orang lain.

"Memang kalau orang tengok, pasti ramai yang akan cakap 'eh... Nasha tu, dah tak waras kot. Membebel sorang-sorang.' Tapi kalau yang faham tu tak adalah cakap I ni gila. Sebagai seorang aktres, mungkin I ni sedang menghayati skrip," katanya yang sebelum ini pernah menolak filem Pasrah arahan datuk Yusof Haslam di mana tempatnya itu telah diganti oleh Wilma melalui watak Natasha.

Jumpa Mr. Right

Tak dinafikan kebanyakan kaum wanita ni terutama golongan artis, kalau kita sebut saja pasal umur aje, mulalah menggelabah. Tak kurang ada yang menjawab 'Oops! Sorry.. Itu sensitif.'

Awalnya BB sangkakan Nasha pun tergolong daripada wanita yang akan berahsia pasal umur ni tapi ternyata BB silap. Terus terang katanya umurnya kini sedah menjangkau 32 tahun.

"Ni nak tanya pasal jodohlah ni...," soal Nasha sambil menjeling manja menbuatkan BB tergelak. Pandai jugak perempuan ni meneka ya!

"Pasal jodoh ni I tak boleh nak komen. I akui umur I sekarang dah 32 tahun. Sekarang apa yang boleh I katakan I sudah jumpa lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman I seperti ambil berat pada I, berkerjaya dan bertanggungjawab," ringkas jawabnya.

"Mesti si dia bukan orang sebarangankan Nasha?" soal BB membuatkan Nasha terdiam seketika.

"Sebenarnya I berkawan dengan semua orang dan I tak nafikan kebanyakan kawan-kawan yang rapat dengan I bukanlah dari kalangan orang yang sealiran dengan I. Tak kiralah lelaki ataupun perempuan sebab daripada situ banyak perkara yang boleh kita pelajari tentang kehidupan," akhirnya disulami dengan senyuman.